Monday, 17 October 2011

Layan~ 7 Keajaiban Dunia Purba

Berikut merupakan keajaiban dunia purba yang mana kini hanya tinggal piramid di Giza sahaja.

1. Rumah api Alexandria…
Ianya telah dibina pada abad ke 3 Sebelum Masehi di Alexandria, Mesir… Menara rumah api ini berdiri teguh sejak tahun 303 Sebelum Masehi hingga 1480 masehi… Menara ini telah musnah dalam kejadian gempa bumi…


2. Patung Zeus di Olympia…

Ia dibina pada tahun 425 Sebelum Masehi… Dibina oleh Phidian di Olympia, Greece… Patung ini musnah dalam kebakaran di Constantinople…


3. Taman Tergantung Babylon…

Ia telah dibina di Babylon (Iraq) pada tahun 600 Sebelum masehi yang kini telah musnah akibat gempa bumi yang berlaku pada abad pertama sebelum masehi…


4. Tokong Artemis di Ephesus…

Ia telah dibina pada 550 Sebelum Masehi dan berada di Ephesus (Turki)… Tokong ini musnah akibat kebakaran…


5. Colossus of Rhodes…

Patung ini telah dibina antara tahun 292 hingga 280 Sebelum Masehi di Rhodes (Greece)… Ianya telah hancur pada tahun 224 Sebelum masehi yang diakibatkan oleh gempa bumi…


6. Mauselom…

Ianya terletak di Halicarnassus (Turki) telah dibina pada tahun 351 Sebelum masehi… Ketika gempa bumi tahun 1494, banggunan ini rebah menyembah bumi… Sebahagian serpihan banggunan ini dipelihara di Muzium British di London…


7. Piramid Cheop..

Ianya dibina pada tahun 2550 Sebelum Masehi yang berada di Giza, Mesir… Satu-satunya binaan purba yang masih kekal hingga ke hari ini…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...